Wednesday, 9 November 2011

Lawatan ke Taman Burung...

 Assalamualaikum..

Semalam( 8 November 2011 ) sekolahku ada mengadakan rombongan ke Taman Burung yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai 100 orang murid dan 10 orang guru yang mengikuti rombonagn ini. Sebelum aku dan rakan-rakan pergi ke taman burung, kami pergi ke Safira Club terletak di hadapan Taman Burung kerana taman tersebut dibuka pada pukul 9 pagi. Di Safira Club itu, aku sempat merakam beberapa gambar bersama ibuku dan rakan-rakanku.


Bersama ibu yg tercinta..<3

Alia dan Hanani..

burung helang!!..


semasa melihat pertunjukkan burung..


makan..

Selepas penat berjalan, kami mengisi perut dengan makan Chicken Chop..Sedap..! 
Sekali cuba, pasti nak lagi..

Antara spesis-spesis burung yang dapatku rakam..;

Burung Hantu
 Burung tu, kalau kita pegang dia, senyap je. Comel..rasa macam nak bela je dia kat rumah..hehe..

Burung Helang
 Setahu aku, burung itu sayapnya patah kerana terlanggar oleh sebuah jet yang digunakan oleh tentera-tentera pada satu masa dahulu iaitu pada tahun 1998..


Burung ni pula pandai bercakap..Dia ikut apa yang kita cakap.Semasa aku hendak pulang, aku mengucapkan   'bye kepadanya dan dia mengulangi apa yang aku cakap tadi..wow, aku terpegun melihat burung yang berwarna-warni itu..

Burung Enggang
 Kedua-dua ekor burung ini adalah burung enggang yang terbesar di Asia Tenggara.

pemandangan di taman burung

Aku sangat gembira kerana dapat mengikuti rombongan ini. Aku berharap agar  aku akan menyertai lawatan  seperti ini lagi.

Jumpa di lain hari!!

No comments:

Post a Comment