Percutianku

Sehari di The Carnival Waterpark, Sungai Petani, Kedah

      Pertama kali aku mendengar bahawa ibu dan ayahku ingin membawaku dan adik-adikku ke sini, kami sungguh gembira dan tidak sabar!!...Aku segera menyiapkan pakaian dan alatan yang perlu dibawa.Malam itu, aku tidur pukul 11 malam kerana tidak menjumpai baju renangku, fuuhh! akhirnya, aku menjumpai baju itu.Ia bersembunyi di dalam almari di dalam kamarku...haha~..sesekali ingin aku tertawa juga..


   Keesokan paginya, ayah membawa kami ke sana.Kami bertolak kira-kira pukul 11 pagi dan tiba di sana pada pukul 12 tengahari.Seterusnya, ayah menuju ke kaunter tiket yang terletak tidak jauh dari tempat letak kereta kami.Bayarannya agak mahal.Walaupun begitu, kami sungguh gembira.


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam abiku...:


Happy,happy!

Elok-elok abang, nanti jatuh!

Hanin tengok apa tu??

Best!

Hanin comel!

 Itu sahaja yang dapat aku coretkan tentang carnival ini, tidak lupa juga aku dapat membeli cenderahati buatku, adik-adikku dan juga rakan-rakanku...Salam mesra~