Sekolahku

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR... itulah nama yang penuh bermakna bagiku, kerana disini aku mengabdi diri mencari seluas-luasnya ilmu untuk dijadikan bekalan hidup dunia dan akhiratku...akan aku coretkan kisah dan aktivitiku sepanjang persekolahan ini.. namun ini bukanlah sekolah pertama buatku.Aku telah belajar di tiga buah sekolah iaitu SK Convent Lebuh Light, SK Seri Permai dan SK Bukit Gambir.Aku bersekolah di SKCLL ketika aku berumur 7,8 dan 9 tahun.Selepas itu aku berpindah ke SKSP pada umur 10 tahun dan SKBG ketika berumur 11 dan 12 tahun.Walau bagaimanapun, aku mendapat banyak pengalaman dan pengajaran daripada sekolah-sekolah yang istimewa ini. 




Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Pulau Pinang
29 Jun 2011


    Setelah mendapat johan dalam Pertandingan Pidato Peringkat Daerah, aku dapat masuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri. Petandingan ini diadakan di SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang. Aku melihat ramai rakan seperjuangan denganku hadir pada hari itu. Kelihatan mereka hebat-hebat belaka.Walau bagaimanapun, aku mesti berjuang demi sekolah dan negara tercinta.


     Alhamdulillah, selesai habis sahaja pertandingan tersebut, keputusan akan diumumkan.Aku mendapat tempat ke-6 daripada 20 orang peserta. Syukur alhamdulillah...




kenangan terindah!

menerima hadiah

Barisan pemenang


6 yang terpilih daripada 20 peserta 




Pn Annie Telah Bersara...
Sebut sahaja pasal Pn. Annie, semua pelajar SK Bukit Gambir pasti kenal.Beliau seorang yang peramah, jujur dan juga tegas.Beliau berpangkat besar dan merupakan Penolong kanan HEM SK Bukit Gambir.Sebagai seorang Penolong Ketua Pengawas, beliau menasihatiku agar menjalankan tugas-tugas dengan betul dan berkepimpinan.InsyaAllah, akanku dengar nasihat itu.




Pn Annie sedang menasihati murid-murid SK Bukit Gambir

Ketika Hari Anugerah Kecemerlangan 2010


   
UPSR 2011..    

Apabila tibanya hari peperiksaan, aku berasa sedikit gementar dan risau.Bolehkah aku menjawab semua soalan peperiksaan dengan betul dan tenang??...InsyaALLAH...Nasib baik aku mempunyai seorang ibu dan seorang guru yang memberikan kata-kata semangat kepadaku.Alhamdulillah..aku berasa lega sedikit.Guru tersebut bernama Cikgu Azira.Beliau mengajarku mata pelajaran Science di sekolah.Aku mengerti apa yang beliau ajarkan..Alhamdulillah... 

Berkat hasil tunjuk ajarnya, aku mendapat 29/30 untuk kertas Science(UPSR).. Alhamdulillah...Aku bersujud syukur kepadamu Ya ALLAH...untuk mata pelajaran yang lain, InsyaAllah, aku akan memperoleh kejayaan yang terbaik...Aku ingin mendapat 5A dalam UPSR untuk mencapai cita-citaku dan membalas jasa baik ibu dan ayahku.Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepadaku, rakan-rakan dan saudara-mara.Jasa baik kalian akanku kenangkan...Amin~




tenangkan diri...

amin~

:)