Wednesday, 9 November 2011

Rombongan ke Kuala Lumpur..

Assalamualaikum..

Lawatan ke Taman Burung...

 Assalamualaikum..

Semalam( 8 November 2011 ) sekolahku ada mengadakan rombongan ke Taman Burung yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai 100 orang murid dan 10 orang guru yang mengikuti rombonagn ini. Sebelum aku dan rakan-rakan pergi ke taman burung, kami pergi ke Safira Club terletak di hadapan Taman Burung kerana taman tersebut dibuka pada pukul 9 pagi. Di Safira Club itu, aku sempat merakam beberapa gambar bersama ibuku dan rakan-rakanku.


Bersama ibu yg tercinta..<3

Alia dan Hanani..

burung helang!!..


semasa melihat pertunjukkan burung..


makan..

Selepas penat berjalan, kami mengisi perut dengan makan Chicken Chop..Sedap..! 
Sekali cuba, pasti nak lagi..

Antara spesis-spesis burung yang dapatku rakam..;

Burung Hantu
 Burung tu, kalau kita pegang dia, senyap je. Comel..rasa macam nak bela je dia kat rumah..hehe..

Burung Helang
 Setahu aku, burung itu sayapnya patah kerana terlanggar oleh sebuah jet yang digunakan oleh tentera-tentera pada satu masa dahulu iaitu pada tahun 1998..


Burung ni pula pandai bercakap..Dia ikut apa yang kita cakap.Semasa aku hendak pulang, aku mengucapkan   'bye kepadanya dan dia mengulangi apa yang aku cakap tadi..wow, aku terpegun melihat burung yang berwarna-warni itu..

Burung Enggang
 Kedua-dua ekor burung ini adalah burung enggang yang terbesar di Asia Tenggara.

pemandangan di taman burung

Aku sangat gembira kerana dapat mengikuti rombongan ini. Aku berharap agar  aku akan menyertai lawatan  seperti ini lagi.

Jumpa di lain hari!!

Tuesday, 25 October 2011

Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Kebangsaan 2011

Assalamualaikum

Pada 30, 1 & 2  Oktober 2011, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Kebangsaan 2011 bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Kami tidur di Hotel Emperor selama 2 malam.Tidak akanku lupa hari-hari bersejarah buatku dan teman-teman..!!
Menunggu bas di Masjid Jamek Seberang Jaya
Oleh kerana bas ada sedikit masalah, kami terpaksa bertolak dari Masjid Jamek Seberang Jaya pada pukul 12 tengah hari.Sebelum bertolak, kami sempat makan petang sebagai alas perut semasa dalam perjalanan nanti..

Makan!
Alhamdulillah..kami sampai di hotel pada pukul 9 malam..Sesampainya di hotel, kami dijemput untuk makan malam.Lepas makan, terus ambil beg dan masuk bilik..Ustazah melantikku sebagai ketua bilik..Satu bilik lima orang. Husna, Fatimah, Ain dan Shariehah adalah rakan sebilikku..Oleh kerana terlalu penat, kami terus tidur...fuuuuuhh...Alhamdulillah..:)

Di Lobi Hotel Emperor, Melaka.
Keesokan pagi, ustazah menyuruh kami turun ke lobi tepat pada waktu iaitu pukul 8.00.Kemudian beliau memberi taklimat tentang aktiviti-aktiviti yg akan dijalankan nanti...:)

Masjid Al-'Azim, Melaka.
Ha, inilah Masjid Al-'Azim!..

Kami melakukan aktiviti di masjid ini.Masjid yg sungguh besar dan cantik bersih!...

peserta-peserta khatam
Semuanya pandai bertaranum!!

Peserta khatam Pulau Pinang(perempuan)
Gambar yang diambil oleh ayahku..

Peserta khatam Pulau Pinang(lelaki)






Persembahan choral speaking..


gambar kenangan..


Bersama guru-guru dan teman-teman..


:-)


di serambi Masjid Al-'Azim




Aktiviti di River Cruise, Melaka.

Di River Cruise ini, kami menaiki bot yang mengelilingi Bandaraya Bersejarah Melaka selama 45 minit.
               Itu sahaja coretan untuk kali ini..:-)
                          
                                                                                                                        Wasalam.





Monday, 26 September 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang...

Peserta-peserta Khatam Al-Quran

Pengerusi majlis memberi taklimat
Berada di dewan syarahan
Khatam Al-Quran Kebangsaan Perempuan
(
Khatam Al-Quran Kebangsaan Lelaki

Monday, 19 September 2011

Latihan Pusat Majlis Khatam Al-Quran

Hari ini aku tidak hadir ke sekolah kerana  menghadiri satu latihan Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 30,1 dan 2 Oktober nanti bertempat di Melaka.Latihan ini diadakan di SK Minden Height, Penang.Latihan ini bertujuan untuk melihat murid-murid yang terpilih dalam membaca Al-Quran dengan betul dan tepat.

Saturday, 17 September 2011

Happy Belated Aidilfitri -2011-

Tahun ini, aku dan keluargaku hanya beraya di rumah sahaja kerana satu minggu selepas raya aku hendak menduduki peperiksaan UPSR. Tetapi insyaAllah, dengan izin Allah tahun depan (2012) aku dan keluarga akan beraya di kampung seperti sedia kala...INSYAALLAH...

Tema warna baju tahun ini ialah coklat.Itu pilihan warnaku dan juga ibuku.Bermacam-macam tempat yang aku kunjungi untuk membeli baju raya ini.Terima Kasih buat ibu dan ayahku kerana membeli baju untukku dan adik-adikku untuk raya tahun ini...Thanks!

smile!


Raznanins..

Selamat Hari Raya!

Cayang, Hanis!
Hanan and Hanin

UPSR..TELAH PERGI...

Hari ini hari pertama aku terasa bebas daripada cengkaman peperiksaan UPSR, lalu aku renung kembali usaha gigihku selama ini dalam meraih impian untuk menggapai 5 A.. Aduh...walaupun penat rasanya tapi aku bersyukur kerana segala usaha gigihku menampakkan hasilnya. Daripada kertas peperiksaanku yang telah disemak oleh guru-guruku, insyaAllah cita-citaku akan kesampaian. INSYAALLAH... Tinggal pula aku menghitung hari untuk mengetahui keputusan dengan rasminya. Khabar angin mengatakan pada 16 November 2011....ohhh? betulkah? Mudah-mudahan 5 A dalam genggamanku ya Allah...






Friday, 16 September 2011

Kenali Diriku...

Assalamualaikum,
Saya Suri Afrah Hanan.12 tahun.Baru sahaja selepas menduduki peperiksaan UPSR.Anak sulong daripada 4 adik-beradik..iaitu, Muhammad Harraz(8), Suri Afrah Hanin(4), dan Suri Afrah Hanis(1)..Seorang yang mempunyai cita-cita yang besar iaitu ingin mendapat 5A dalam UPSR dan ingin mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar apabila besar nanti.Bercakap pula tentang sekolah, saya merupakan seorang Penolong Ketua Pengawas SK Bukit Gambir.Seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum..pandai bercerita, berpidato dan bernasyid..alhamdulillah, Allah telah mengurniakan banyak kelebihan untuk diri saya. :)


Beberapa gambar untuk tatapan semua, Selamat membaca!


Hai!

Hanan and Hanin
                                                                   
Di taman rama-rama
                                                                 
Pidato best!
                                                                         
Membaca amalan mulia!